Assalamulaikum dan salam mujahadah.
Nabilah melambai lemah ke arah kereta ibu bapanya yang kian berlalu pergi. Kini, dia perlu belajar berjauhan dari ibu bapanya. Kehadirannya untuk belajar di MRSM Kuantan bukanlah atas kehendaknya, tetapi atas desakan ibu bapanya. Dan dia akhirnya akur.
Minggu orientasai bermula. Sangkaannya sekolah itu akan membosankan dirinya ternyata meleset. Dia suka berada di situ. Dia gembira berada dalam homeroom atau keluarga angkat yang telah ditentukan pihak sekolah. Semuanya gila- gila terutamanya Nazim dan Farah. Guru yang bertugas untuk mengendalikan dia dan adik beradik angkatnya yang lain adalah Cikgu Jefri.
Hari- hari yang indah terus berlalu. Nabilah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zolkarnain atau ketua warden MRSM Kuantan.
" Baiklah, tengok pada skrin di hadapan. Itu adalah seorang budak lelaki yang meninggal dunia masa muda. Bapanya tak puas hati dengan cara dia meninggal. So, bapanya buat keputusan nak gali balik kubur dia dan buat bedah siasat." Kata ustaz itu.
Nabilah melihat gambar yang tertera pada skrin. Sebujur jenazah yang amat hodoh wajahnya. Mukanya bewarna kelabu, rambutnya putih dan matanya terbeliak.
" Kalau kamu nak tahu, sebenarnya budak ni baru sahaja ditanam 3 jam sebelun kuburnya digali semula. Rupa- rupanya sewaktu hayatnya, budak ni menderhaka pada ibu bapanya, meninggalkan solat dan banyak dosa lain yang dilakukannya."
Kata- kata ustaz tersebut bagai menampar pipinya. Air mata mula merembes keluar dari kelopak matanya.Dia terimbau segala dosa- dosa yang pernah dilakukan. Menderhaka ibu bapa? Meninggalkan solat? Macam biasa aku buat je, monolognya. Tiba- tiba ada suatu perasaan yang membuat dia berasa takut. Takut apa?
Ceramah diteruskan lagi, ustaz tersebut menunjukkan lagi bagaimana saat- saat kematian akan berkalu. Kata ustaz, malaikat akan mencabut nyawa bermula dari kepala hingga ke kaki. Nabilah semakin takut. Kata- kata itu semacam satu ugutan buatnya. Dia sedar manusia boleh mati bila- bila masa sahaja. Dan di saat itu dia rasa sangat takut. Seolah- olah kematian sedang menantinya semakin dekat.
***
Kata- kata ustaz dalam ceramah tadi masih terngiang- ngiang di telinganya. Dia takut. Dalam hatinya, ada suatu suara yang mengatakan dia perlu berubah. Tapi dia pelik, dia selalu mendengar ceramah- ceramah yang dianjurkan sekolah sebelum ini, tapi, kesedarannya untuk berubah tak pernah bertahan lama. Selepas seminggu dengar motivasi dan ceramah, dia akan kembali pada sikap buruknya. Tapi, ceramah tadi, cara ustaz itu bercakap, terasa betul- betul ikhlas dari hati.
***
Malam itu, Nabilah nekad untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya. Dia dengar dari senior- senior bahawa couple itu haram. Betul ke? Dia tak pernah mendengar hukum macam tu. Tapi, selepas ustaz Zolkarnain berbicara tentang itu, dia tidak berfikir panjang. Hatinya seolah-olah rela dengan dengan apa yang dikatakan ustaz tersebut. Walaupun , sebelum ini dia tak percaya dan ragu- ragu tentang itu.
Masa terus berlalu, hidup tanpa teman lelakinya dirasakan bosan. Tiada tempat nak mencurahkan rasa. Tiada orang yang prihatin mengucapkan kata cinta. Dia sunyi. Biasanya, tiap- tiap malam mereka akan bermesej dan bercerita tentang kehidupan masing- masing. Suka dan duka mereka kongsi bersama. Nabilah mula rasa menyesal kerana memutuskan hubungan mereka. Lemahnya imannya.
Hatinya kini berbunga kembali. Setiap kali membaca mesej dari sang kekasih hati, dia gembira. Rasa dihargai. Dia tidak sedar saat itu ada yang lebin menghargai dan menyayangi dirinya, iaitu Allah s.w.t.
***
Malam itu, seperti biasa, kuliah maghrib dari Ustaz Zolkarnain. Seperti biasa, kata- kata ustaz itu menembusi hati dan kalbunya. Lantas, menyuburkan kembali semangat untuk berhijrah ke arah kebaikan. Walaupun, dia tewas pada beberapa hari yang lalu. Tetapi, setiap kali mendengar kuliah dan ceramah Ustaz Zolkarnain, hatinya tersentuh.
Akhirnya, kali ini, dia nekad. Dengan niat yang paling suci terbit dalam hati, dia ingin berhijrah. Dia benar- benar nekad untuk putus dengan teman lelakinya. Dia semakin rajin ke surau dan hatinya semakin terpaut dengan majlis ilmu, terutamanya bila Ustaz Zolkarnain yang memberi ceramah.
Bila hati semakin mencintai Illahi, segalanya dipermudahkan. Dia mula mengenali betapa beertinya maruah seorang wanita. Dia berusaha menutup aurat sesempurnanya. Oleh itu, dia mula mengenakan tudung labuh. Dan dengan rahmat Allah, dia semakin dekat dengan seorang insan istimewa, Ustaz Zolkarnain. Bila ada masalah, pada ustaz tersebutlah dia kongsikan hati selain dengan rakan- rakannya. Sekalipun soal hati. Dia tidak tahu kenapa, dia berasa senang walaupun, ustaz seorang lelaki. Dia dapat rasakan hati yang bertaut kerana cinta kepada Allah. Begitu indah ukhuwah. Baru kini dirasakannya.
***
Nasihat tidak pernah lekang dari bibir Ustaz Zolkarnain. Setiap kali memberi nasihat, orang yang mendengar pasti akan merasa ihklasnya nasihat ustaz. Itulah kelebihannya ustaz, kata- katanya dari hati. Ukhuwah dengan ustaz semakin rapat. Rakan- rakan Nabilah yang lain juga rasa begitu. Aina, Teh, Farah, Afiqah, semua senang dengan sikap ustaz. Bila ada masa terluang, ustaz akan mempelawa mereka ke rumah. Tarbiyyah ustaz bukan di sekolah sahaja, tapi juga di rumah. Apabila berada di rumah ustaz, kami diajar ke dapur, membantu isteri ustaz memasak. Begitulah cara ustaz mengajar kami. Cinta kami terhadapnya subur kerana Allah.
Nabilah kini berada di tingkatan 5, begitu juga rakan- rakannya. Meraka semakin rapat dengan ustaz. Semakin banyak ilmu yang mereka dapat dari insan berjasa itu. Jika dulu mereka memanggil ustaz dengan paggilan ustaz, kini mereka memanggil ustaz denagn gelaran abi. Kesan tarbiyyah ustaz terasa di seisi kelas. Ramai yang berubah. Kini, Aina pula melakukan penghijrahan memakai tudung labuh. Begitulah kuasa Allah, jika seseorang itu ikhlas dalam perjuangan da'wahnya, kesannya menebar keseluruh hati insan.
Malam ini, mereka seisi kelas sepakat untuk tidur di rumah ustaz. Seperti biasa, ustazkan membahagikan kerja untuk semua orang. Ijoy, Akram, Aiman dan Ayie kena siang ikan. Manakala, pelajar perempuan pula kena memasak di dapur. Waktu solat maghrib mereka solat berjemaah. Begitulah proses pentarbiyyahan dari ustaz. Sentiasa berjalan dimana sahaja. Di dalam kelas, di rumahnya, dan di surau.
Kini, Siti pula nekad untuk bertudung labuh. Hebat sungguh kesan terbiyyah ustaz. Ustaz macam seorang ayah yang sangat dedikasi. Dia bukan sahaja memberi ilmu kepada kami, tetapi sentiasa membantu dari segi lain. Selepas Siti, Afiqah pula menyatakan hasrat untuk memakai tudung labuh. Rakan- rakan lain walaupun tidak berubah dari segi fizikal, tetapi hati mereka menghayati islam.Mereka mula prihatin tentang keadaan umat islam. Indah betul kesan tarbiyyah ustaz.
***
Setahun kemudian.......
Nabilah membuka laptop kesayangannya. Dia berhajat untuk tidur lewat malam ini sebab esok cuti. Seperti biasa, dia membuka akaun facebooknya. Dia membuka satu notification dari bekas presiden homeroomya, Muzammil. Status yang di tagged kepadanya membuat dia terkejut. Muzammil memaklumkan bahawa Ustaz Zolkarnain sedang ditahan di unit rawatan rapi (ICU).
Saat itu hatinya terasa ingin pecah. Dia menghala ke ruang tamu rumah. Dia cuba mendail nombor bekas presidennya itu, tetapi tidak dijawab. Dia terduduk di ruang tamu. Pipinya mulai basah dengan hujanan air mata. Hatinya sangat sayu. Mulutnya menuturkan kata," abi...abi..". Dalam hatinya menjerit, " Ya Allah, Selamatkanlah insan yang aku sayangi ini..."
Keesokannya, Nabilah dan Siti sepakat untuk melawat ustaz. Demi ukhuwah yang bersemi kerana Allah, mereka pergi juga dari Kelang ke Kuantan, Pahang demi melawat ustaz.
Saat pintu bilik ICU di buka, air mata mereka seakan tidak boleh ditahan lagi. Hanya satu perkataan yang terluah dari bibir mereka, "abi...". Mereka perlu nampak kuat di hadapan insan itu. Tiada kata yang mampu di luahkan. Ustaz cuma mampu menggunakan bahasa isyarat kerana dia sedang dipakaikan dengan alat bantuan pernafasan. Memandangkan kendalian wad ICU itu sangat rapi, mereka hanya diberikan masa 5 minit untuk melihat keadaan ustaz. Dalam hati hanya doa yang mereka panjatkan.
Ya Allah, terima kasih kerana menghadirkan insan semulia
ini dalan kehidupanku dan rakan- rakanku.
Dia ibarat seorang guru yang tidak pernah lelah dan penat
mendidik pelajar- pelajarnya.
Hadirnya juga mengikat kasih antara aku dan rakan- rakanku.
Hadirnya juga membawa cahaya kepada kami.
Ya Allah, dalam hati kami,
hanya dikau sahaja yang mengerti betapa ikhlasnya kasih kami kepadanya.
Betapa ihklas hati kami menyayanginya.
Ya Allah, anadai ini ujian yang kau berikan kepadanya, kautkanlah hatinya.
Kami akan ada di sampingnya bersama doa yang paling ikhlas.
Teruslah ikatkan hati kami dengan ukhuwahfillah.
Semoga ENGKAU redai kami dan dirinya.
AMIN









2 nasihat:
Kita kenal Abi, Abi seorang yang kuat.
Andaikata umat masih memerlukan Abi, Allah akan sembuhkan Abi.
Always believe in that!
Insya-Allah
Post a Comment