Saat meniti hari- hari bergelar hamba Allah, hati ini seperti reda dengan segala perjalanan hidup yang diaturkan Tuhan. Kerana hati ini cukup yakin pada perancanganNya. Cukup reda dengan aturanNya.
Perjalanan bermula apabila seorang sahabat tersayang mengajak menemaninya untuk membeli tiket bas di Klang Sentral. Hati ini terus sahaja bersetuju memandangkan Bahirah juga ingin membeli sepasang kasut baru di shopping complex berdekatan Klang Sentral. Habis kelas, kami terus menuju ke stesen bas awam untuk mengambil bas ke Kalng Sentral. Lama juga menunggu. Hampir 1 jam. Sambil menunggu bas, kami berbual- bual tentang apa- apa sahaja yang dirasakan menarik.
Sampai sahaja di Klang Sentral, sahabat tersayang membeli tiket. Kemudian., kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Tesco yang berhadapan dengan Klang Sental. Kami berjalan- jalan dari kedai- kedai dan akhirnya kami jumpa apa yang kami cari. Selesai segala urusan, kami sepakat untuk menikmati makan tengahari walaupun hari sudah menjejak pukul 4 petang.
Bahirah memutuskan untuk makan di sebuah restoran ala China. Kami duduk di meja yang dirasakan selesa. Kemudian datang dua orang lelaki ke meja kami untuk mengambil order. Pada mulanya, Kami berasa pelik sebab kebiasaan dimana- mana restoran, cuma seorang pelayan yang mengambil pesanan. Tetapi, hati berbaik sangka dengan beranggapan bahawa mungkin salah seorang daripada lelaki tersebut merupakan seorang trainee yang baru belajar.
Selepas pelayan tadi pergi, ada lagi perkara yang menjadi tanda tanya kami. Mengapa kedai ini kosong? Sekali lagi kami cuba berbaik sangka. Mungkin restoran ini hanya ramai orang pada waktu malam atau hari cuti.
Tiba- tiba, datnag seorang lelaki cina berbadan agak gempal. Di tangannya ada lakaran tatu dan bila Bahirah berpaling ke arah dapur, hampir kesemua tukang masak terdiri dari lelaki berbangsa cina. Lelaki bertubuh gempal itu memberitahu bahawa restoran mereka terputus bekalan eletrik dan mereka tak boleh memasak dalam keadaan begitu. Kami akur dan melangkah keluar dari restoran tersebut.
Apabila difikirkan semula, kita kaitkan kembali kejadian- kejadian pelik di restoran tersebut, mungkin ada hikmahnya bekalan eletrik terputus. Segalanya perancangan dari Allah jua. Bahirah mula tersedar. Mungkin makanan yang dihidangkan di restoran tersebut tidak halal dan Allah telah menunjukkan rasa kasihnya melalui kejadian tersebut. Lelaki cina bertatu, dan tukang masak berbangsa cina, sepatutnya awal- awal lagi Bahirah perasan.
Tetapi, Alhamdulillah. Allah Maha Penyanyang. Dia bantu Bahirah dari makan dari sumber tak elok.
Maka, yakinlah bahawa setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa. Biar sekuat manapun kita berusaha, tidak semuanya bisa kita miliki. Akhirnya ia tetap bergantung pada Qada' dan Qadar Allah s.w.t. Itu tidak bermakna Allah tidak adil, tapi hakikatnya Dia lebih mengetahui segalanya.
WALLAHUA'LAM









0 nasihat:
Post a Comment