KAU YANG BAKAL KU NIKAHI

Assalamualaikum dan salam mujahadah.


Raudatul Layyinah menghela satu nafas berat. Dia merenung skrin laptopnya. Sebuah massage dalam inboxnya hampir menegejutkannya. Salah seorang lelaki dalam kelasnya mengajaknya menikah khitbah dan lelaki itu juga menyatakan bahawa si lelaki juga bersetuju. Harus alasan apa yang diberikan? Tumpuannya kini adalah menuntut ilmu demi memartabatkan agama dan mencapai cita- citanya.

Jawapan yang paling bernas perlu diberikan agar tiada hati yang tersinggung. Dia menyatakan ketidaksediaannya untuk berumahtangga sekalipun nikah khitbah kerana dia ingin fokus pada pelajaran sekarang. Si lelaki menerima dengan hati terbuka penolakannya. Layyinah tahu niat lelaki itu baik dan dia punya asas agama yang baik juga. Tapi, bagi Layyinah, sekarang bukanlah waktu yang sesuai dan dia yakin perjalanana hidup yang masih panjang ini akan menemukannya dengan pelbagai lagi manusia.

Raudatul Layyinah membuka blognya. Dia mencoretkan perjalanan kehidupanya yang bisa memberi manfaat kepada manusia lain. Baginya, teknologi yang ada pada zaman serba moden ini perlu digunakan untuk tujuan dakwah. Tetapi, Layyinah kesal dengan segelintir golongan manusia yang menggunakan teknologi pada jalan yang tidak membawa manfaat. Tangannya terus ligat menaip apa yang terlintas difikiranya.

***

Raudatul Layyinah meneruskan suapan ke mulutnya. Tiba- tiba , dia terdengar perbualan dua orang gadis yang duduk di belakangnya.

Gadis 1 : Weh, kau tahu tak? Kawan aku, Aida yang sekolah di sekolah agama dulu tu, tak tak rupa orang     sekolah agama dah. Baju terdedah sana, terbukak sini. Kalau keluar dengan boyfriend jangan cakap, slumber je pegang- pegang tangan.

Gadis 2 : Alah, budak sekolah agama ke tak ke, sama je. Berlakon je pakai tudung labuh kat sekolah, balik sekolah semua campak entah kemana.

Gadis 1 : Memang pon. Sepupu aku pon gitu jugak. Rupa- rupanya sekolah agama ni bukannya bagus sangat. Sama je macam kita. Lagi baik kita kot.

Raudatul Layyinah beristighfar panjang. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Layyinah tidak menyalahkan gadis yang mengumpat tadi, dia memberi pandangan berdasarkan apa yang dia nampak. Cuma dia menyatakan pada jalan yang salah iaitu megumpat. Dan lagi, Layyinah berpendapat lebih elok menegur dari membesarkan aib orang.

Kadang- kadang terbit rasa kesal di sanubarinya bila segelintir manusia yang memiliki ilmu agama tidak menjadikan ilmu itu sebahagian dari hidup mereka. Kerana segelintir pelajar sekolah agama yang tidak mengambil iktibar dari ilmu mereka, institusi sekolah agama menjadi buruk. Padahal, para pendidik telah cuba sedaya upaya untuk membentuk insan yang mencintai dan bekerja untuk Islam.

***

Raudatul Layyinah baru sahaja menghabiskan ijazah pertamanya. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Berkat doa ibu bapa dan usaha yang berpanjangan dilakukan kerana Allah, Layyinah menjalani segala peperiksaan dengan tenang.

Sehari sebelum dia meninggalkan kampus dan pulang kerumah, pensyarah kesayangannya, Ustazah Aisyah ada menemuinya menyatakan hasrat seorang akhi yang ingin melamarnya. Kini, hatinya mulai terbuka menerima pinangan kerana dia memang berhajat untuk menimbangkan soal perkahwinan selepas tamat ijazahnya. Dia tidak pernah mengenali akhi itu tapi, nama akhi tersebut sering didengari sebagai seorang yang komited dalam perihal dakwah.

Layyinah sedar, dalam menjalani sebuah misi pencarian seorang peneman hidup yang beriman dan boleh membimbingnya ke syurga Illahi, Layyinah perlu menyediakan diri untuk menjadi wanita solehah. Oleh kerana itu, Layyinah sentiasa menjaga pergaulan dan batasan dengan lelaki bukan muhrim. Sedaya upaya dia menolak segala SMS yang diterima atas dasar ingin memikat hatinya. Layyinah tidak melayan. Pandangan mata harus dijaga agar syaitan tidak membisikkan perkara jahat. Biarpun Layyinah sedar menjadi wanita solehah sehebat isteri Nabi bukan mudah, tetapi mujahadah yang ikhlas akan dibantu Allah. Layyinah berpegang teguh dengan firman Allah dalam Surah An- Nur, ayat 26, 
                        
            " Dan wanita - wanita yang baik adalah untuk laki- lai yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita- wanita yang baik (pula)  ."
            
Istikharah dilakukan untuk meminta pertolongan Yang Maha Mengetahui. Akhi tersebut bijak kerana memilih untuk melamar dengan cara yang berkah iaitu melalui orang perantaraan. Tetapi, penilaian itu tidak cukup, dia perlu lebih sabar dan berhati- hati.

Petujuk Allah meyakinkan lagi hati Layyinah. Ternyata akhi yang melamarnya, iaitu Zaid Harithah adalah lelaki soleh yang didamba selama ini. Melalui seorang kakak naqibahya, Kak Zahrah, dia menyatakan akhi Zaid sentiasa menjaga ikhtilat ( batasan ) dengan gadis bukan muhrim sebaiknya walaupun dalam mesyuarat. Khabar baik itu mengembirakan hati wanitanya. Lelaki soleh kini ditemui. Seorang yang bakal mengemudi bahtera dengan iman dan taqwa. Yang bakal membimbing anak- anaknya menjadi pejuang agama.

Duhai kau yang bakal ku nikahi,
Ketahuilah aku tidak semulia Rabiatul Adawiyah, 
Mencintai Rabbnya sepenuh jiwanya.
Duhai kau yang bakal ku nikahi,
Ketahuilah aku tidak semulia Siti Khadijah,
Menyayangi suami dan sentiasa setia disisi Nabi.
Duhai kau yang bakal ku nikahi,
Ketahuilah aku tidak semulia Asiah,
Kental iman dijiwa walau hebat disiksa.
Hakikatnya aku cuma wanita biasa yang 
sentiasa ada khilafnya.
Maka bimbinglah aku dengan kasih dan cintamu,
Pimpinlah aku menuju kepada cinta paling abadi,
iaitu cinta Illahi,
Semoga syurga menjadi tempat persinggahan abadi.

Duhai suamiku, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.




















0 nasihat:

Post a Comment

 

Copyright by © 2010 * Perjalanan Seorang Hamba
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah