Jangan SUNNAH jadi FITNAH




En. Ali menyarung jubah putih ke badannya. Kemudian dia lilit kepalanya dengan serban yang baru dibelinya. Kita kena ikut sunnah, detik hatinya. Orang ikut sunnah dapat banyak pahala, hatinya berkata-kata lagi.
Siap.

"Eh, abang, cantik jubah ngan serban tu. Mana dapat?" Si isteri bertanya.

"Abang beli kat kedai Hj. Ishak tadi. Saje je. Kan ikut sunnah dapat pahala." En. Ali menjawab ringkas.

"Baguslah macam tu. Tapi, jangan ubah penampilan je bang, peranagai buruk awak pun kena buang jugak." Si isteri menasihat.

"Perangai buruk apanya pulak?" Dia bertanya tidak puas hati. Ada-ada je benda yang nak buat 'start' gaduh.

"Tu, yang dalam poket awak tu, rokok."  balas si isteri sambil menunjuk ke arah poket suaminya.

"Ah..suka hati saya, lah..duit saya." Jawabnya ego sambil berlalu.

Habis mendengar tazkirah dari Ustaz Sulaiman malam itu, En. Ali berjalan kaki pulang ke rumah bersana jirannya. En. Abu.

"Bukan main lagi berjubah hari ni, Ali." En Abu perasan perubahan penampilan En. Ali pada malam ni. Biasanya, dia ke surau berbaju melayu sahaja, lain pulak hari ni. Tapi, satu perkara yang tak berubah, dia masih merokok.

"Saja je. Nak ikut sunnah." Penat menjawab persoalan orang satu persatu berkenaan jubah dan serbannya pada hari ini.

"Ingat, serban. serban juga, merokok tu kena berhenti. Majlis Fatwa da jatuhkun hukum merokok tu haram." En. Abu mengingatkan.

"Kau ni, Abu, sama je nagn bini aku." En. Ali menjawab sambil masuk ke dalam rumahnnya, tiada salam dihulurkan pada jirannya, En. Abu.

******

Tangan minah ligat menaip hujah-hujah untuk mendakwah wanita-wanita yang tidak bertudung di 'FACEBOOK'. Dakwah itu wajib. Nabi dulu bersusah payah mendakwah masyarakat Mekah dan Madinah. Tambahan pula Allah menyebutkan dalam al-quran bahawa manusia yang berjaya adalah manusia yang mengajak kepada kebaikan dan mengajak meninggalkan keburukan. Itulah apa yang Minah pegang.

" Minah, tolong mak siang ikan ni." Pn. Zubaidah memanggil anak sulungnya.

"Ala, mak ni. Orang ada kerja nak buat ni, suruhlah Siti yang buat." jawabnya tanpa hormat.

Minah meneruskan 'misi' dakwahnya.

'Allah sebut dalam al quran, surah an-nur, ayat 31 " Dan katakanlah kepada para perempuan yg beriman,....." ' Minah membalas komen wanita free hair tersebut.

"Kak long, jom main dengan Amin." Ajak adik bongsunya.

"Eishh...sibuk la budak kecik ni, tak nampak orang ada kerja eh?" Marahnya.

Si adik meninggalkan bilik kak longnya dengan muka mencuka. Sedih.

Tangannya masih tak henti-henti menari di atas keyboard. Diluahkan segala hujah yang dia ada.

Azan berkumandang, menandakan masuk waktu asar. Minah tidak menghiraukan. Dia teruskan 'misi' dakwahnya di 'FACEBOOK'. Dia merasakan itulah sebaik-baik amalan. Dia menderhakai ibunya, meninggalkan tanggungjawab sebagai kakak dan yang paling buruk, melewat-lewatkan solat fardunya.

Jam menunjukkan pukul 6.30. Minah berhenti menaip dan baru teringat dia masih belum bersolat asar.

******

Hurm...begitulah aksi umat zaman sekarang, yang sunnah diagung-agungkan, yang fardhu diketepikan. Bukan melakukan sunnah tak bagus, tapi, lebih elok disempurnakan yang fardu terlebih dahulu. Ya, memang tak ada manusia yang sempurna, tapi, kita manusia yang dikurniakan akal dan kudrat untuk berusaha. 

Jom kita sempurnakan amalan fardhu dan kejar pahala amalan sunnah. ^__^

CERITA MERDEKA KITA




Laungan "Merdeka" terdengar semangat dilaungkan oleh rakyat yang cintakan negara Malaysia dari Dataran Merdeka Bukit Jalil. Jalanraya di sekitarnya menjadi sesak dek ramainya manusia yang membanjiri dataran tersebut. Semuanya bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Ibu bapa tetap membawa anak-anak mereka ke dataran tersebut meredah kekesakan selautan manusia dengan harapan anak-anak itu menjadi warga yang cintakan negara. Bisa berbakti kepada negara.

CERITA MERDEKA REMAJA KITA

Remaja lelaki dan perempuan itu menggoyangkan kepala mereka mengikut alunan muzik rock yang dipasang. Seluruh anggota badan menghayati alunan muzik tersebut. Ada pasangan yang berpelukan sambil menari. Si lelaki meraba, si gadis rela.

Di satu sudut lain, gadis yang lain gelak sakan mendengar kata-kata si lelaki yang berada di sisinya, bukan kerana lawak, tapi mabuk. Sebotol minuman haram telah dihabiskannya. Mindanya hilang kewarasan. Tangan si lelaki menjalar di sekitar tubuhnya. Dia tidak menghalang. Akal warasnya tidak berfungsi, apa yang didengarnya cuma pujuk rayu sang syaitan yang menghalalkan perbuatannya.

Inilah cerita merdeka remaja kita.


*****



Yati cuba menepis tangan teman lelakinya yang mula menyentuh tubuhnya. Si lelaki menarik muka masam. Marah keinginannya ditolak. Teman lelakinya mula mengungkit segala pengorbananya. Dia juga ingin Yati bekorban tanda setia. Kerana takut kehilangan kekasihnya, Yati mengorbankan daranya. Tanda dia terlalu cinta. Dia tidak tahu ada makhluk yang gembira. Syaitan berdekah-dekah gelak atas kebodohannya.




Kerana ketagihan, hubungan zina jadi kegemaran. Yati lupa Tuhan. Dia lupa dia orang Islam. Yang dia tahu cuma keseronokan.

Inilah cerita merdeka gadis kita.

*****



Ali merampas barang kemas ibunya. Rayuan si ibu tua tidak diendahkannya. Dia perlukan wang. Seluruh tubuhnya terketar-ketar menahan keinginan suntikan dadah. Dia tidak boleh bertahan lagi. Dia perlukan dadah.

Si ibu tua ditolaknya ketepi. Tangisan dan rayuan itu seolah-olah kalis dari pendengarannya. Dia lupa wanita itu yang melahirkannya. Dia lupa wanita itu yang menjaganya ketika sakit demamnya. Pengorbanan ibunya seperti tidak bermakna.

Inilah cerita merdeka remaja lelaki kita.

*****

Kita merdeka cuma pada nama, bukan pada minda. Kita bangga melihat kemajuan negara kita, kita tak sedar keruntuhan akhlak masyarakat negara kita. Remaja kita belum merdeka. Minda mereka masih dijajah media hiburan melampau. Mereka dijajah dengan cara hidup barat. Mereka dijajah melalui filem-filem barat yang tidak bermanfaat.

Walaupun Syria dan Palestin dijajah tanah air meraka, remaja mereka merdeka minda,jiwa dan hati mereka. Sekuat mana Palestin bergolak, mereka tetap melahirkan para hafiz setiap tahun. Jiwa mereka penuh dengan keinginan mati syahid. Hati mereka penuh dengan rasa cinta pada Allah.

Insan yang merdeka ialah insan yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka. Bukan hanya merdeka pada nama, tapi pada jiwa. Jiwa yang mengabdikan diri pada Tuhannya. Mampu menepis budaya songsang, menghidupkan jiwa Islam.

KITA TIDAK MAHU HANYA MERDEKA PADA BANGSA DAN NEGARA, TAPI PADA JIWA.






 

Copyright by © 2010 * Perjalanan Seorang Hamba
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah