ISLAM ITU HIDUP

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM....

Salam mujahadah untuk Bahirah dan semua. Dah lama Bahirah tak post sebab belajar. Banyak perkara yang perlukan perhatian. ALHAMDULILLAH, Allah bagi kemudahan untuk Bahirah buat semua tu. Dah lama sebenarnya Bahirah fikirkan tentang post hari ni, tapi, hari ni baru ALLAH izinkan. 

Kita semua memang tahu islam adalah cara hidup. Every single problem that we face, Allah have the solution. Bukankah masalah itu ujian dari Allah. Bermakna sulusi untuk setiap ujian itu juga ada pada PENCIPTA UJIAN ITU, kan? Contoh paling mudah yang dapat kita lihat ialah peperiksaan kat sekolah yang selalu kita hadapi, bukankah cikgu yang buat soalan dan skema jawapan adalah orang yang sama? Same goes to our life. Apa- apa masalah yang kita hadapi semuanya islam ada jalan keluar. Itu muqaddimah je tu.

Sebenarnya Bahirah nak "relate"kan apa yang Bahirah tulis kat atas tu dengan masalah ZINA, BUANG ANAK DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.  We, as a muslim should care about it!!! Walaupun bukan ahli keluarga kita yang hadapi masalah ni. Kerana, kita adalah saudara. Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak kasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya."

Semua orang sibuk fikir solusi masalah ni padahal ISLAM dah sempurnakan cara- cara untuk mengatasinya. Sampai kumpulkan artis- artis yang kononnya ikon untuk sampaikan masej melalui lagu. Islam dah ada caranya.

Insya- Allah, Bahirah listkan sekadar termampu.
1. Menundukkan pandangan.
   "Katakanlah kepada laki- laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. ( Annur- ayat 30)

Seandainya lelaki menjaga pandangan mereka, Insya- Allah nafsu dapat dikawal. Itu adalah antara panduan yang Allah gariskan. Ini bukan bermaksud semuanya lelaki tak boleh tengok, tapi perbatasilah.

2. Menutup aurat.
     " Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA(AURATNYA), KECUALI YANG BIASA TERLIHAT. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya ....." (Annur- ayat 31)



Tak perlu Bahirah jelaskan panjang lebar tentang soal ini sebab semua orang tahu. Tetapi, mengapa ramai yang tak buat? itu adalah salah satu sebab utama masalah buang bayi dan zina berleluasa. Mana mungkin lelaki bisa menjaga pandangan jika kaum Hawa bangga memdedahkan aurat mereka. ALLAH MAHA ADIL, DIA tidak letakkan sesuatu perbatasan kepada lelaki sahaja, malah wanita juga perlu jalankan tanggungjawab kita. 

3. Jangan berdua- duaan antara bukan muhrim.
   " dan diantara lelaki dan wanita itu, yang ketiga adalah syaitan."

Sayang, bedua- duaan antara lelaki dan wanita menjadi kunci syaitan menjalankan misinya. Mana bisa kita menepis godaan itu jika iman kita lemah. 

4. No Couple Until akad.
    Wanita yang solehah itu tidak menuturkan kata cinta pada lelaki yang dia tidak pasti menjadi miliknya. Dia tekad, selagi tiada cinta yang halal, dia akan serahkan cintanya pada Yang Khalik, Rasulullah, agama, ibu bapa, guru2 dan sahabatnya. Kerana melalui cinta yang tidak halal, syaitan akan titipkan nafsu yang kotor. Sehingga dia merelakan kesuciannya diragut oleh lelaki yang haram untuk dia serahkan mahkotanya.

5. MENIKAHLAH
   " Dan menikahlah orang- orang yang masih membujang antara kamu, dan juga orang- orang yang layak (menikah) dari hamba- hamba sahayamu yang laki- laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan beri kemampuan kepada mereka dengan karunia- Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannya) dan Maha Mengetahui."  (Annur- ayat 32)



Seandainya kita merasakan bahawa kita sudah layak untuk menikah, maka, menikahlah. Itu adalah jalan terbaik untuk menyalurkan nafsu pada tempat yang betul. Dan Allah berjanji untuk memberi rezeki pada mereka yang menjadikan nikah untuk menghalalkan hubungan.

WALLAHUA'ALAM....



 

Copyright by © 2010 * Perjalanan Seorang Hamba
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah