CERITA MERDEKA KITA




Laungan "Merdeka" terdengar semangat dilaungkan oleh rakyat yang cintakan negara Malaysia dari Dataran Merdeka Bukit Jalil. Jalanraya di sekitarnya menjadi sesak dek ramainya manusia yang membanjiri dataran tersebut. Semuanya bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Ibu bapa tetap membawa anak-anak mereka ke dataran tersebut meredah kekesakan selautan manusia dengan harapan anak-anak itu menjadi warga yang cintakan negara. Bisa berbakti kepada negara.

CERITA MERDEKA REMAJA KITA

Remaja lelaki dan perempuan itu menggoyangkan kepala mereka mengikut alunan muzik rock yang dipasang. Seluruh anggota badan menghayati alunan muzik tersebut. Ada pasangan yang berpelukan sambil menari. Si lelaki meraba, si gadis rela.

Di satu sudut lain, gadis yang lain gelak sakan mendengar kata-kata si lelaki yang berada di sisinya, bukan kerana lawak, tapi mabuk. Sebotol minuman haram telah dihabiskannya. Mindanya hilang kewarasan. Tangan si lelaki menjalar di sekitar tubuhnya. Dia tidak menghalang. Akal warasnya tidak berfungsi, apa yang didengarnya cuma pujuk rayu sang syaitan yang menghalalkan perbuatannya.

Inilah cerita merdeka remaja kita.


*****



Yati cuba menepis tangan teman lelakinya yang mula menyentuh tubuhnya. Si lelaki menarik muka masam. Marah keinginannya ditolak. Teman lelakinya mula mengungkit segala pengorbananya. Dia juga ingin Yati bekorban tanda setia. Kerana takut kehilangan kekasihnya, Yati mengorbankan daranya. Tanda dia terlalu cinta. Dia tidak tahu ada makhluk yang gembira. Syaitan berdekah-dekah gelak atas kebodohannya.




Kerana ketagihan, hubungan zina jadi kegemaran. Yati lupa Tuhan. Dia lupa dia orang Islam. Yang dia tahu cuma keseronokan.

Inilah cerita merdeka gadis kita.

*****



Ali merampas barang kemas ibunya. Rayuan si ibu tua tidak diendahkannya. Dia perlukan wang. Seluruh tubuhnya terketar-ketar menahan keinginan suntikan dadah. Dia tidak boleh bertahan lagi. Dia perlukan dadah.

Si ibu tua ditolaknya ketepi. Tangisan dan rayuan itu seolah-olah kalis dari pendengarannya. Dia lupa wanita itu yang melahirkannya. Dia lupa wanita itu yang menjaganya ketika sakit demamnya. Pengorbanan ibunya seperti tidak bermakna.

Inilah cerita merdeka remaja lelaki kita.

*****

Kita merdeka cuma pada nama, bukan pada minda. Kita bangga melihat kemajuan negara kita, kita tak sedar keruntuhan akhlak masyarakat negara kita. Remaja kita belum merdeka. Minda mereka masih dijajah media hiburan melampau. Mereka dijajah dengan cara hidup barat. Mereka dijajah melalui filem-filem barat yang tidak bermanfaat.

Walaupun Syria dan Palestin dijajah tanah air meraka, remaja mereka merdeka minda,jiwa dan hati mereka. Sekuat mana Palestin bergolak, mereka tetap melahirkan para hafiz setiap tahun. Jiwa mereka penuh dengan keinginan mati syahid. Hati mereka penuh dengan rasa cinta pada Allah.

Insan yang merdeka ialah insan yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka. Bukan hanya merdeka pada nama, tapi pada jiwa. Jiwa yang mengabdikan diri pada Tuhannya. Mampu menepis budaya songsang, menghidupkan jiwa Islam.

KITA TIDAK MAHU HANYA MERDEKA PADA BANGSA DAN NEGARA, TAPI PADA JIWA.






DI MANA HAK DIA?



ASIF!! ASIF!! ASIF!!! ASIF SEBAB DAH LAMA ANA ABAIKAN BLOG NI. ASIF SEKALI LAGI SEBAB TAK BAGI TAHU AWAL-AWAN "ASIF" TU MAKSUDNYA MINTA MAAF DALAM BAHASA ARAB :)

APA KHABAR IMAN? TARBIYYAH DIRI? PROSES MUJAHADAH OK? SEMOGA BAIK-BAIK SAHAJA. DOAKAN BAHIRAH BEGITU JUGA. MACAM BIASA.. BAHIRAH NAK BERCERITA PENDEK...

***



Gadis itu masih tidak mengendahkan mata-mata yang memandangnya. Biarlah...dia berpegang pada hadis Nabi s.a.w, " Islam itu datang dalam keadaan ghuraba' (asing) dan akan kembali guhuraba' (asing)." Ya, zaman ghuraba' dah datang lagi. Sepertimana Nabi s.a.w dan sahabat baginda dihina, dicaci, disakiti sewaktu meyatakan keislaman, dia juga menahan pandangan tajam dan bisikan- bisikan halus yang tidak senang melihatnya berpurdah di kampus. Dia satu-satunya insan yang begitu di kampusnya.

Sakinah terpandang pada gadis berpurdah itu. Kagum. Awalnya, dia pelik juga melihat ada muslimat berpurdah, tetapi dalam hatinya merasakan keriangan. Maksudnya, lepas ni boleh dia berpurdah di kampus. Tak perlu hanya di luar kampus sahaja. Subhanallah, kuat betul muslimat tersebut. Kuat menahan pandangan pelik insan lain. Kalau itu Sakinah, mungkin dia dah buka semula purdahnya. Allahuakbar!!

 ***

 "Shira, saya ada nampak seorang budak pakai purdah di kampus. Awak kenal?" Sakinah bertanya.

"Saya tak kenal dia, tapi Amal kenal. Amal ada tanya budak tu macam mana di boleh pakai purdah dalam kampus, katanya dia minta kebenaran pihak atasan." Shira menjawab sambil menghadap tutorial- tutorial yang melambak atas meja.

Sakinah bertambah kagum dengan keberanian muslimat tersebut. Kuat betul dia pertahankan apa yang dia percaya. 

" Sakinah, saya nak tanya sikit boleh?" Giliran Shira mengajukan soalan.

"Hmm..apa dia?"

"Macam ni. Apa yang sya faham, kita menutup aurat sebab nak menghindari diri dari pandangan lelaki, kan?"

Sakinah mengangguk.

"Tapi, kalau macam kes budak yag pakai purdah kat kampus tu, memang niat dia nak menutup aurat, menghindari fitnah, tapi sebab dia sorang je yang pakai purdah dalam kampus, tak ke dia akan menarik ramai lagi orang untuk tengok dia?" Soalan yang agak panjang dari Shira, tapi membuka minda.

Sakinah terdiam sejenak. Memikirkan pandangan terbaik, Bagi orang yang berpurdah seperti Sakinah, dia yakin purdah adalah jalan terbaik sebenarnya untuk menutup fitnah dari wanita kerana wanita adalah fitnah terbesar pada akhir zaman. Tapi persolan tadi penting untuk dijawab agar golongan yag tidak berpurdah faham.

"Macam ni. Pada saya, saya berpegang pada hadis nabi, " Islam datang dalam keadaan ghuraba' (asing) dan akan kembali asing." Kita dah berada di akhir zaman. Satu zaman, dimana fitnah berleluasa, perang sana sini, manusia berlumba- lumba membina bnagunan tinggi, zina merata- rata. Tapi, tak ada orang yang pelik bila melihat semua maksiat dan kejahilan yang berlaku. Tetapi, bila nampak oarang berpurdah, berserban, berjubah, berkopiah, kita mula nak menuduh orang tu jumud (sempit) dan berlebih-lebih dalam beragama. Adilkah? Kita jadikan itu isu besar macamlah orang tu buat dosa. Bukankah itu semua sunnah? Bila kita melihat konsert, pergaulan bebas dan orang yang tak menutup aurat, kita biasa sahaja. Kenapa? Sebab semua itu dah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita. Kita dibesarkan dalam keadaan masyarakat begitu yang jahil agamanya. Secara tidak langsung agenda Yahudi untuk merosakkan umat islam melalui media telah berjaya. Buktinya? Tadi, seperti yang saya sebutkan tadi." Panjang lebar hujahnya.

"Kenapa kita perlu pelik dengan orang berpurdah. Islam tudak pernah melarang. Dan kebanayakan ulama juga menyatakan keharusan dalam berpurdah. Dan ada juga yang menyatakan berpurdah lebih utama. Jawapan saya pada persoalan awak tadi, kita kena faham yang Islam dah kembali pada keadaan asing, sebab itu orang melihat pelik, padahal kita sepatutnya pelik tengok orang yang free hair sebenarnya. Andai satu hari nanti, orang bertudung menjadi satu yang asing, adakah perlu kita membuka aurat kita? Dengan alasan, jika kita pakai tudung akan lebih menarik perhatian lelaki. Tidak bukan?" Sakinah meninggalkan persoalan di minda sahabatnya.

Shira menggeleng.

"Shira, cuba awak fikirkan. Bila kita bertanya pada orang yang tidak menutup aurat, kenapa dia begitu? Mereka akan menjawab, itu hak individu. Tapi, jika jawapan "itu hak individu" digunakan oleh orang berpurdah, orang tak boleh terima. Macam- macam hujah diberikan untuk mengatakan orang berpurdah itu salah. Contohnya, dalam tempat kerja,bila kita tanyakan pada seseorang apa pandangan mereka tentang orang yang tidak menutup aurat, mereka akan katakan itu salah, tapi, akhirnya akan kembali pada jawapan "itu hak individu" tapi, bila ditanyakan apa pendapat berpurdah, macam-macam alasan berbaur kutukan diberikan. ADILKAH??? DIMANA HAK INDIVIDU ORANG BERPURDAH??" soalan mengetuk minda lagi.

Begitulah sikap orang Islam sekarang. Sunnah dibesar-besarkan, Hukum wajib diringan-ringankan.

Wallhua'lam..

 

DAKWAH KREATIF


assalamualaikum dan salam mujahadah...




" Kak Solehah, betul ke dakwah tu wajib untuk orang Islam?" Sakinah memulakan persoalan kepada naqibah usrahnya. " Semalam, Ina ada dengar satu ceramah kat surau. Ustaz tu kata dakwah tu wajib. Betul ke? Wajahnya berkerut seribu pertanyaan.

" Ya, sayang. Wajib." Solehah menjawab ringkas. Pagi itu, mereka berusrah sambil berjogging. Bagi Solehah, usrah perlu diadakan dengan kreatif. Supaya adik- adik dan sahabatnya tidak bosan dan akan istiqamah mencintai usrah.

" Ye ke? Ati tak tahu pun. Ati ingat orang baik- baik je kena buat kerja dakwah. Kalau macam tu, sejahat-jahat orang Islam pun kena berdakwah?" Atikah pula bersuara. Atikah pelik. Macam mana orang- orang yang jahat pun kena berdakwah???


"Ye lah...setiap orang yang telah melafazkan kalimah syahadah wajib untuk melaksanakan segala perintah Allah. Dan, berdakwah juga merupakan salah satu perintah Allah." Solehah menjelaskan.


" Firman Allah dalam surah Al- Imran, ayat 104, bermaksud, " Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari melakukan yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." Solehah mengeluarkan hujah dari Al-quran. Bercerita tentang Islam tidak lengkap tanpa hujah dari al-quran dan hadis. Nampak goyah.




" Tapi, Kak Solehah. Macam mana nak berdakwah. Takkan lah kita nak pergi masjid-masjid bagi ceramah ataupun tegur orang yang buat salah terang-terangan. Malu lah macam tu. Kalau orang tu kita tak kenal, tak ke dia rasa pelik?" Sakinah bertanya lagi.

Solehah tersenyum.


"Dakwah kena kreatif. Kita tak boleh lihat skop dakwah itu sebagai satu beban tapi tanggungjawab. Dan lagi, kita tak boleh berfikiran jumud. Islam tak ajar kita jadi jumud. Umat Islam kena berfikiran luas dan kreatif macam Sultan Mohammad Al-Fateh sewaktu membuka Constantinople dulu.Berdakwah bukan setakat kita beri ceramah- ceramah je, macam yamg Ina cakap tadi. Ada banyak lagi cara dakwah." Solehah cuba memahamkan adik-adik usrahnya.

"Apa caranya, Kak Solehah?" Syafika ingin tahu.

" Banyak sangat. Contohya, kita membetulkan tudung kawan kita yang ternampak rambut, menulis risalah dan memberikan kepada kawan-kawan kita dam menegur kawan kita baca doa makan. Hatta, kalau kita ajak je kawan kita pergi masjid untuk dengar ceramah, itu pun dakwah...Walaupun bukan kita yang beri ceramah tu. Tapi, semuanya kita niatkan semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah." jelas Solehah.

"Oh..betulkan tudung kawan yang nampak rambut pun dakwah?" Ati rasa kagum. " Kak Solehah pernah buat macam tu?" Ati tanya.

"Mestilah pernah. Ada sekali tu, kawan kak Solehah nak pinjam jarum peniti akak. Dia nak pakai tudung. Sebenarnya, dia free hair je, tapi, sebab hari tu ada kelas agama Islam, dia nak pakai tudung. Kak Solehah bagi jarum peniti tu walaupun Kak Solehah pun perlukan jarum tu jugak. Sebab, waktu tu, Kak Solehah fikir, mungkin keikhlasan akak waktu tu, dapat jadi sumber hidayah pada dia nanti." Solehah menceritakan pengalaman diri.

"Oh..macam tu pun boleh? " 

" Mestilah..kita kalau nak jadi dai'e, bukan kena luas ilmu agama je..tapi, kena kreatif menyampaikan dakwah jugak. Kita kena sesuaikan cara dakwah kita dengan sasaran orang yang ingin kita dakwah. Cara kita nak berdakwah, kena sesuai dengan orang yang ingin kita dakwah. Asalkan masih dalam syariat Islam." Solehah menambah.

" Kak Solehah, kadang- kadang Syafika selalu nampak akak berkawan dengan orang biasa-biasa je. Yang pakai baju ketat-ketat, ada yang free hair. Akak tak rasa janggal ke dengan orang macam tu? Nanti, orang kata, akak tak pandai pilih kawan." Syafika melontarkan persoalan yang selama ini dipendam.

" Sebab akak nak berdakwah." jawab Solehah ringkas. " Akak nak cipatakan ukhuwwah sebelum akak berdakwah. Kalau macam tu, lebin senang kita nak sampaikan."


"Macam mana tu?" Ina bertanya.


"Ok, macam ni. Contonyalah..satu hari, Ina pakai baju ketat. Tiba- tiba, ada seorang budak perempuan ni datang kat Ina dan kata, awak, ketatlah baju awak ni. Nampak aurat, mana boleh pakai baju macam ni. Ina pelik tak? Suka ke kalau orang yang Ina tak kenal tegur Ina macam tu?" Solehah menimbulkan persoalan.


" Mestilah pelik, dah tak kenal..." Ina menjawab.


"Tapi, kalau kak Solehah yang tegur Ina, Ina kisah tak?" 


"Tak." jawab Ina ringkas.


" Sebab kita dah saling mengenali antara satu sama lain. Bila kita dah bina ukhuwwah dengan seseorang, barulah kita rasa lebih mudah untuk mendakwah orang tu. Dan, orang yang kita dakwah juga akan lebih mudah menerima. Dulu, Kak Solehah selalu buntu, macam mana akak nak dakwah kawan-kawan kelas akak, akak tak rapat dengan diorang. Takkan nak tegur je. Nanti, mesti diorang kata akak menyibuk. Tapi, Alhamdulillah, satu hari akan sedar dengan kelebihan yang Allah pinjamkan pada akak. Akak seorang yang mudah mesra dan bergaul dengan orang lain. Selain itu, ramai kawan- kawan akak kata aka pandai buat lawak. Akak terfikir, kenapa akak tak gunakan kelebihan itu untuk bina ukhuwwah dengan kawan- kawan akak. Memang, banyak gelak nanti hati mati, tapi kita kena kawal diri kita agar tak berlebihan. Selain itu, kita juga kena ambil positif side dan negative side bagi sesuatu tindakan kita." Panjang lebar penjelasan Solehah.


"Apa maksud akak dengan ambil positive side dan negative side bagi sesuatu tindakan kita?" Ati bertanya.


"Macam ni..contohlah, Ati nak beli telefon baru. Ada dua jenis handphone yang Ati berkenan. Yang jenis A, reka bentuk dia cantik, tapi dia tak ada function Wi-Fi yang Ati nak. Sedangkan, Ati sangat perlukan internet di kampus. Yang jenis B pula, reka bentuk dia juga cantik, tapi, tak secantik ynag A tadi, tapi, di ada function Wi-Fi yang Ati perlukan. Ati pilih yang mana? Solehah menggerakkan fikiran Ati.


Agak lama Ati mencari jawapan. Akhirnya, "Ati pilih yang B kot kak."


"Nampak, kita mempertimbangkan kedua- dua negative dan positive side. Bila kita mempertimbangkan macam tu, kita akan lebih nampak mana yang lebih memberi maslahah pada diri kita. Kita kaitkan semula dengan persoalan bina ukhuwwah memalui pendekatan yang Kak Solehah gunakan. Memang bergelak ketawa akan mematikan hati, tapi,kita dalah manusia yang dikurniakan akal untuk mengawal tindak tanduk diri kita. Berlawaklah sekadar sederhana sahaja, cukup untuk kita buat orang senang dengan sikap kita. Kalau kita tak bina ukhuwwah, memang payah kita nak dakwah orang.Kalau kita asyik senyap je, sampai bila pun dakwah kita tak sampai." sambung Solehah.


"Oh..macam tu. Tak sangka pulak dai'e kena kreatif. Ingatkan cukup sekadar tahu hal agama je." Syafika akhirnya mengangguk faham.


"Lepas ni, adik-adik akak kena fikir cara macam mana kita nak dakwah orang secara kreatif. Mesti korang lebih kreatif dari Kak Solehah." Solehah memberi peransang.


" Insya-Allah.." mereka menjawab serentak.


" Kak Solehah ada plan hari ni?"


"Ada, akak nak pergi kedai buku. Nak cari buku yang best nak dihadiahkan pada mad'u akak. Akak tengah try cara dakwah baru pulak. Hehe.." jawab Solehah sambil tersengih..



 

Copyright by © 2010 * Perjalanan Seorang Hamba
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah