DAKWAH KREATIF


assalamualaikum dan salam mujahadah...




" Kak Solehah, betul ke dakwah tu wajib untuk orang Islam?" Sakinah memulakan persoalan kepada naqibah usrahnya. " Semalam, Ina ada dengar satu ceramah kat surau. Ustaz tu kata dakwah tu wajib. Betul ke? Wajahnya berkerut seribu pertanyaan.

" Ya, sayang. Wajib." Solehah menjawab ringkas. Pagi itu, mereka berusrah sambil berjogging. Bagi Solehah, usrah perlu diadakan dengan kreatif. Supaya adik- adik dan sahabatnya tidak bosan dan akan istiqamah mencintai usrah.

" Ye ke? Ati tak tahu pun. Ati ingat orang baik- baik je kena buat kerja dakwah. Kalau macam tu, sejahat-jahat orang Islam pun kena berdakwah?" Atikah pula bersuara. Atikah pelik. Macam mana orang- orang yang jahat pun kena berdakwah???


"Ye lah...setiap orang yang telah melafazkan kalimah syahadah wajib untuk melaksanakan segala perintah Allah. Dan, berdakwah juga merupakan salah satu perintah Allah." Solehah menjelaskan.


" Firman Allah dalam surah Al- Imran, ayat 104, bermaksud, " Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf, dan mencegah dari melakukan yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." Solehah mengeluarkan hujah dari Al-quran. Bercerita tentang Islam tidak lengkap tanpa hujah dari al-quran dan hadis. Nampak goyah.




" Tapi, Kak Solehah. Macam mana nak berdakwah. Takkan lah kita nak pergi masjid-masjid bagi ceramah ataupun tegur orang yang buat salah terang-terangan. Malu lah macam tu. Kalau orang tu kita tak kenal, tak ke dia rasa pelik?" Sakinah bertanya lagi.

Solehah tersenyum.


"Dakwah kena kreatif. Kita tak boleh lihat skop dakwah itu sebagai satu beban tapi tanggungjawab. Dan lagi, kita tak boleh berfikiran jumud. Islam tak ajar kita jadi jumud. Umat Islam kena berfikiran luas dan kreatif macam Sultan Mohammad Al-Fateh sewaktu membuka Constantinople dulu.Berdakwah bukan setakat kita beri ceramah- ceramah je, macam yamg Ina cakap tadi. Ada banyak lagi cara dakwah." Solehah cuba memahamkan adik-adik usrahnya.

"Apa caranya, Kak Solehah?" Syafika ingin tahu.

" Banyak sangat. Contohya, kita membetulkan tudung kawan kita yang ternampak rambut, menulis risalah dan memberikan kepada kawan-kawan kita dam menegur kawan kita baca doa makan. Hatta, kalau kita ajak je kawan kita pergi masjid untuk dengar ceramah, itu pun dakwah...Walaupun bukan kita yang beri ceramah tu. Tapi, semuanya kita niatkan semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah." jelas Solehah.

"Oh..betulkan tudung kawan yang nampak rambut pun dakwah?" Ati rasa kagum. " Kak Solehah pernah buat macam tu?" Ati tanya.

"Mestilah pernah. Ada sekali tu, kawan kak Solehah nak pinjam jarum peniti akak. Dia nak pakai tudung. Sebenarnya, dia free hair je, tapi, sebab hari tu ada kelas agama Islam, dia nak pakai tudung. Kak Solehah bagi jarum peniti tu walaupun Kak Solehah pun perlukan jarum tu jugak. Sebab, waktu tu, Kak Solehah fikir, mungkin keikhlasan akak waktu tu, dapat jadi sumber hidayah pada dia nanti." Solehah menceritakan pengalaman diri.

"Oh..macam tu pun boleh? " 

" Mestilah..kita kalau nak jadi dai'e, bukan kena luas ilmu agama je..tapi, kena kreatif menyampaikan dakwah jugak. Kita kena sesuaikan cara dakwah kita dengan sasaran orang yang ingin kita dakwah. Cara kita nak berdakwah, kena sesuai dengan orang yang ingin kita dakwah. Asalkan masih dalam syariat Islam." Solehah menambah.

" Kak Solehah, kadang- kadang Syafika selalu nampak akak berkawan dengan orang biasa-biasa je. Yang pakai baju ketat-ketat, ada yang free hair. Akak tak rasa janggal ke dengan orang macam tu? Nanti, orang kata, akak tak pandai pilih kawan." Syafika melontarkan persoalan yang selama ini dipendam.

" Sebab akak nak berdakwah." jawab Solehah ringkas. " Akak nak cipatakan ukhuwwah sebelum akak berdakwah. Kalau macam tu, lebin senang kita nak sampaikan."


"Macam mana tu?" Ina bertanya.


"Ok, macam ni. Contonyalah..satu hari, Ina pakai baju ketat. Tiba- tiba, ada seorang budak perempuan ni datang kat Ina dan kata, awak, ketatlah baju awak ni. Nampak aurat, mana boleh pakai baju macam ni. Ina pelik tak? Suka ke kalau orang yang Ina tak kenal tegur Ina macam tu?" Solehah menimbulkan persoalan.


" Mestilah pelik, dah tak kenal..." Ina menjawab.


"Tapi, kalau kak Solehah yang tegur Ina, Ina kisah tak?" 


"Tak." jawab Ina ringkas.


" Sebab kita dah saling mengenali antara satu sama lain. Bila kita dah bina ukhuwwah dengan seseorang, barulah kita rasa lebih mudah untuk mendakwah orang tu. Dan, orang yang kita dakwah juga akan lebih mudah menerima. Dulu, Kak Solehah selalu buntu, macam mana akak nak dakwah kawan-kawan kelas akak, akak tak rapat dengan diorang. Takkan nak tegur je. Nanti, mesti diorang kata akak menyibuk. Tapi, Alhamdulillah, satu hari akan sedar dengan kelebihan yang Allah pinjamkan pada akak. Akak seorang yang mudah mesra dan bergaul dengan orang lain. Selain itu, ramai kawan- kawan akak kata aka pandai buat lawak. Akak terfikir, kenapa akak tak gunakan kelebihan itu untuk bina ukhuwwah dengan kawan- kawan akak. Memang, banyak gelak nanti hati mati, tapi kita kena kawal diri kita agar tak berlebihan. Selain itu, kita juga kena ambil positif side dan negative side bagi sesuatu tindakan kita." Panjang lebar penjelasan Solehah.


"Apa maksud akak dengan ambil positive side dan negative side bagi sesuatu tindakan kita?" Ati bertanya.


"Macam ni..contohlah, Ati nak beli telefon baru. Ada dua jenis handphone yang Ati berkenan. Yang jenis A, reka bentuk dia cantik, tapi dia tak ada function Wi-Fi yang Ati nak. Sedangkan, Ati sangat perlukan internet di kampus. Yang jenis B pula, reka bentuk dia juga cantik, tapi, tak secantik ynag A tadi, tapi, di ada function Wi-Fi yang Ati perlukan. Ati pilih yang mana? Solehah menggerakkan fikiran Ati.


Agak lama Ati mencari jawapan. Akhirnya, "Ati pilih yang B kot kak."


"Nampak, kita mempertimbangkan kedua- dua negative dan positive side. Bila kita mempertimbangkan macam tu, kita akan lebih nampak mana yang lebih memberi maslahah pada diri kita. Kita kaitkan semula dengan persoalan bina ukhuwwah memalui pendekatan yang Kak Solehah gunakan. Memang bergelak ketawa akan mematikan hati, tapi,kita dalah manusia yang dikurniakan akal untuk mengawal tindak tanduk diri kita. Berlawaklah sekadar sederhana sahaja, cukup untuk kita buat orang senang dengan sikap kita. Kalau kita tak bina ukhuwwah, memang payah kita nak dakwah orang.Kalau kita asyik senyap je, sampai bila pun dakwah kita tak sampai." sambung Solehah.


"Oh..macam tu. Tak sangka pulak dai'e kena kreatif. Ingatkan cukup sekadar tahu hal agama je." Syafika akhirnya mengangguk faham.


"Lepas ni, adik-adik akak kena fikir cara macam mana kita nak dakwah orang secara kreatif. Mesti korang lebih kreatif dari Kak Solehah." Solehah memberi peransang.


" Insya-Allah.." mereka menjawab serentak.


" Kak Solehah ada plan hari ni?"


"Ada, akak nak pergi kedai buku. Nak cari buku yang best nak dihadiahkan pada mad'u akak. Akak tengah try cara dakwah baru pulak. Hehe.." jawab Solehah sambil tersengih..



 

Copyright by © 2010 * Perjalanan Seorang Hamba
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah