MAJALAH BUAT ANAKKU

 GAMBAR HIASAN

 GAMBAR HIASAN


Assalamualaikum dan salam mujahadah.


" Umi, hari ni kan birthday kak long, umi janji nak bagi hadiah. Hadiah apa, umi?" Zulfa Abidah menuntut janji. Uminya  tersenyum.


" Anak umi ni kan suka membaca. Kita pergi kedai buku, boleh?" Umi menguji.


Zulfa Abidah terus meluru kearah umi dan memeluk umi. " Terima kasih, umi."


" Sama- sama, sayang." Umi membalas.
 


***

" Umi, kalau kak long nak beli majalah ni, boleh? Ramai kawan- kawan kak long ada majalah ni." Zulfa Abidah mencapai sebuah majalah dari rak.
Umi mengambil majalah dari tangan anaknya. Dia melihat kulit majalah tersebut. Cantik gadis ni, mata kasar memberi pujian. Kemudian, umi celikkan mata hati. Dilihatnya, gadis itu berpakaian seksi, tidak berlengan, pakaiannya sendat.

Umi belek lagi majalah itu. Pada salah satu muka surat, ada tips- tips untuk tampil cantik macam artis. Mereka menyarankan pakai pakaian yang tak berlengan, skirt pendek beropol, segalanya terdedah. Ada juga cekak rambut comel warna pink sebagai hiasan si gadis, biar nampak manis. Pada muka surat yang lain, ada juga artikel tips- tips untuk remaja yang bercinta. Tips- tips untuk mencari pasangan kekasih.

Majalah begini tak bagi ibrah (pengajaran) untuk remaja macam Zulfa Abidah. Terlalu banyak info dan gambar yang akan mempengaruhi karakter anaknya. Biarpun sebuah majalah, biarlah ia adalah majalah yang boleh membina anaknya menjadi Srikandi agama. Sebuah malajah tidak boleh dipandang remeh.
" Kawan- kawan kak long kata majalah ni best, umi. " Kak long menambah. Zulfa Abidah selak helaian majalah tersebut. " Ni umi, ada pasal artis, lagu, filem..." Bersungguh- sungguh Zulfa Abidah memberitahu.

Umi cuma tersenyum. Bagi umi, nak menegur puterinya yang kian meningkat remaja perlu berhikmah. Bukan marah- marah.

" Hurm...Zulfa, sayang ingat tak cerita umi malam semalam?" Umi membuka lembaran kisah semalam.

" Ingat. Umi cerita tentang coklat. Kalau coklat yang dah dibuka, lalat, semut...semua serangga datang hurung, Jadi, coklat tu dah tak best lagi sebab dah tak elok. Tapi, kalau coklat yang kita simpan dalam sampul, masih elok. Jadi, bolehlah kita makan." Zulfa Abidah mengulang cerita semalam.

" Zulfa ingat lagi tak hukum menutup aurat?" Umi menguji Zulfa Abidah.

" Ingat. Wajib kan, umi?"

" Pandai anak umi. Memang wajib pun." Umi memberi galakan melalui pujian.

" Tapi, umi. Apa kaitan cerita coklat dengan aurat dan majalah yang kak long nak beli ni?" Zulfa Abidah berkerut muka. Pelik.

" Cuba Zulfa sendiri yang fikir. Asyik umi je fikir." kata umi sambil tersenyum.

Zulfa Abidah menggaru kepala. Dia cuba berfikir. Dia memang anak yang pantang dicabar.

" Hurm... Kak long rasa, aurat kita sama je macam coklat. Kalau coklat yang tak tertutup akan jadi tak elok, wanita yang tak tutup aurat pun akan jadi tak elok. Betul tak umi?" Zulfa Abidah mengagak.

" Alhamdulillah. Bijak anak umi." Kata- kata ibu adalah doa. " Kalau macam tu, majalah ni pon tak elok untuk kitalah. Majalah ni menggalakkan kita membuka aurat dengan meletakkan gambar- gambar yang tak menutup aurat."

Zulfa Abidah mengangguk.

***

Kadang- kadang, kita sebagai ibu bapa, terlepas pandang apa yang anak kita baca. Bahirah juga kadang- kadang pelik macam mana sebuah negara Islam boleh terlepas pandang akan hadirnya " senjata halus" ini. Mengapa Bahirah katakan bahan bacaan adalah "senjata halus" ? Bagi Bahirah, apa yang kita baca adalah cerminan diri kita. Dan media cetak sekarang amat memberi impak yang besar dalam corak pembinaan sahsiah remaja. 

Kita buka hati dan fikiran kita anugerah Allah swt. Mula- mula ucapkan "Alhamdulillah". Kemudian, kita cuba berfikir berlandaskan syariah. Terlalu banyak majalah hiburan sekarang. Ada majalah yang membicarakan tentang fesyen, artis dan hiburan. Ayuh, kita kupas satu persatu.

MAJALAH FESYEN
Kebanyakan majalah fesyen kita mempengaruhi anak muda kita agar membuka aurat. Mereka diajar cara mix and match baju, cara mendandan rambut. Dan yang agak keterlaluan, mencukur bulu kaki dan bulu kening semata- mata untuk nampak cantik dan lebik berkeyakinan untuk berskirt. Itukah ajaran Islam? Tidak! Tetapi,itulah yang anak remaja kita buat. Kita tak pernah nampak lambakan majalah ini sebagai sebilah senjata yang amat halus tapi tajam dalam merosakkan pemuda pemudi agama. Dan melalui aurat yang tidak sempurnalah banyak perkara tudak elok terjadi. Syariat Islam ada hikmah. Kita sebagai umatnya perlu beriman dan beramal.
 
MAJALAH HIBURAN
Most of the majalah hiburan pula bawa fitnah tak semena- mena. Gosip = Fitnah. Tiada bukti yang sahih. Melalui majalah begini pula tersebarnya rasa benci dan dendam antara satu dan yang lain. Dan melalui perkara yang kita pandang remeh beginilah, remaja terikut- ikut dengan budaya barat yang terpapar dalam majalah.

Kadang- kadang, bagi kita perkara- perkara begini cumalah  benda remeh, tapi tanpa kita sedari, dengan benda- benda remeh inilah kita kehilangan semangat pejuangan Salahuddin Al Ayubi anak- anak remaja kita.

Dan tiba- tiba Bahirah terfikir. Hal artis Korea sanggup kita search internet untuk ambil tahu perkembangan mereka. Tapi hal saudara seagama yang sedang berjuang bermati- matian mempertahankan Al- Aqsa dan Agama, tidak pula kita lakukan perkara yang sama untuk ambil tahu.

~ Ya Allah, peringatkan apa yang aku coretkan untuk pembaca kepada diriku jua~ 
Wallahua'lam..

BUTAKAN KEBURUKAN, CELIKKAN KEBAIKAN

Assalamulaikum dan salam mujahadah.




Sakinah hanya membisu di dalam lif tersebut. Begitu juga dengan gadis yang bersama- sama dengannya di dalam lif itu. Gadis yang bersama dengannnya tidak memakai tudung dan berpakaian agak seksi. Dalam hatinya, prasangka buruk sudah mula bercambah. Apabila dah sampai di tingkat 3, sebelum gadis tersebut keluar, dia itu berkata, "Good night" dalam senyuman paling manis dan ikhlas. Sakinah terkejut. Dia memakai pakaian serba tutup aurat, tetapi, tiada terdetik di hatinya untuk menegur gadis itu tadi, menyebarkan manisnya ukhuwah. Tapi, gadis yang seksi itu tadi terlebih dahulu melakukannya.

***

Tiada niat di hati Bahirah untuk menyebarkan keburukan wanita yang menutup aurat melalui perkongsian pengalaman tadi. Cuma, apa yang ingin Bahirah sampaikan cumalah kadang- kadang kita perlu mengetepikan keburukan yang ada pada orang lain demi membina ukhuwah sesama muslim.

Kebanyakan kita, suka menilai manusia pada luarannya. Ya, tidak dinafikan apa yang dizahirkan selalunya adalah apa yang tersirat di dalam hati seseorang. Kita menilai tanpa mengenali dan mendalami seseorang itu. Adilkah? Bahirah tidak bermaksud agar kita semua mengenali setiap orang yang kita bertemu untuk mengetahui sikap sebenar mereka. Tetapi, cukup rasanya jika kita membutakan mata kita dari melihat keburukan seseorang dan membuka mata seluas- lusanya untuk melihat kebaikan mereka.

Harus diingat, membutakan mata kita dari melihat keburukan orang lain bukan bermaksud kita membenarkan atau menghalalkan segala perbuatan buruk mereka. Tetapi, berpeganglah bahawa setiap manusia tidak sempurna. Andai tidak ditegur, manakan kita dapat melihat keburukan sendiri. Sentiasa berbaik sangka apabila melihat sesuatu keburukan. Mungkin mereka tidak tahu bahawa menutup aurat itu wajib. Apa yang harus kita lakukan adalah menegur, bukanya mengeji dalam hati.

Dalam membina ukhuwah, ianya lebih mudah jika kita melihat sesuatu yang baik pada orang lain. Lebih mudah untuk kita dekati. Bagaimana ukhuwah dapat dibina sedangkan kita asyik melihat sesuatu keburukan dalam diri seseorang. Dan harus kita ingat, sesungguhnya, kita juga insan yang sentiasa membuat silap, sama seperti orang lain.
Wallahua'lam.
 

Copyright by © 2010 * Perjalanan Seorang Hamba
Design by ♫ Princess Nabilah Blogspot ♫ You want to get one design too? Let's go my website Facebook Princess Nabilah